Thursday, 17 November 2011

Rakan Muda



korang pernah tengok logo tu??? tak kan la tataw kottt . .memalukan tol la law tataw . .huhu

a few info about rakan muda:


  • Program rakan muda nie dilancarkan pada 29 OKTOBER 1994 di KUALA LUMPUR
  • dirasmikan oleh mantan perdana menteri kita Dr.M iaitu DATUK SERI  DR.MAHATHIR MOHAMAD.
  • misinya untuk melahirkan potensi tertinggi generasi muda supaya berupaya mendukung matlamat pembangunan negara.
  • pada mulanya rakan muda mempunyai 9 gaya hidup rakan muda tetapi pada 29 MEI 2007 RAKAN MUDA FASA II telah dilancarkan di KOMPLEKS RAKAN MUDA BUKIT KIARA,KL.

berikut adalah 8 GAYA HIDUP RAKAN MUDA yang telah diberi nafas baru  


RAKAN MUDA WAJADIRI


jatidiri,bertangungjawab,berdisiplin dan berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda dari pengaruh negatif dan ianya pasti akan menjamin keperibadian mulia generasi muda.Melalui aktiviti yang memberikan remaja peluang,kesedaran dan pembangunan kemahiran mempertahankan diri dapat memupuk sifat yakin remaja dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup.




RAKAN MUDA JIRAN MUDA


Dalam menangani masalah sosial,program ini dapat membantu masyarakat berbilang kaum mencari dan mengatasi masalah yang sedia ada dan akan datang melalui pemantapan integrasi kaum diantara golongan muda dan masyarakat.program yang berbentuk kemasyarakatan dan pergaulan yang ceria dan sihat di semua peringkat akan diwujudkan.



RAKAN MUDA CINTA ALAM


Khazanah alam yang dipenuhi flora,fauna,haiwan,sejarah dan berbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya.Melalu program dan aktiviti penerokaan serta pendedahan mengenai kepentingan penjagaan alam dapat mewujukan individu yang lebih sihat dan berilmu serta manghargai setiap perkara disekeliling mereka.




RAKAN MUDA WIRA USAHA


AHli korporat dan Ahli perniagaan generasi muda akan dilatih dan dilahirkan melalui program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan.Teknik keusahawanan serta bantuan yang disediakan akan mewujudkan satu sistem ekonomi Negara yang lebih maju dan berdaya saing di dalam semua bidang diperingkat nasional dan global.



RAKAN MUDA KECERGASAN


3 komponan utama aktiviti ini adalah Sukan,Rekreasi dan meningkatkan kecergasan ke tahap maksima menjadi asas bagi membina minda,fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti,menarik,sihat dan berdisiplin.



RAKAN MUDA SENI BUDAYA


Bakat berharga yang ada dalam diri setiap remaja tidak harus dipersiakan.Melalui program ini minat dan bakat-bakat akan dikenal pasti,dilatih dan dibimbing oleh tenaga pakar.Tunjuk ajar serta aktiviti-aktiviti yang dirancang pastinya bakal mewujudkan bakat-bakat muda berpotensi tinggi disamping bagi memantap lagi nilai-nilai diri dan peribadi diri remaja yang menyertainya.



RAKANMUDA INOVASI


Bakat kreatif,inovatif dan kemahiran semulajadi yang ada dalam diri remaja adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda.Melalu program dan aktiviti serta bimbingan dari tenaga pakar,program ini pastinya akan dapat melahirkan tenaga muda yang mahir,berdaya cipta,moden dan sebagai penyedia tenaga pakar masa hadapan dalam industri teknologi canggih,moden,dan mampu berdaya saing di peringkat global.




RAKAN MUDA REMAJA SIBER


Saluran internet memainkan peranan sebagai saluran untuk berkomunikasi dan behubung dengan golongan remaja.Berfungsi  sebagai satu platform siber dimana pihak Kementerian dapat berkomunikasi serta mengumpul maklumat dari golongan remaja berkaitan isu-isu semasa.sertai aktiviti-aktiviti ini dengan melayari www.2-u.com.my atau Kelab Komputer Sekolah dan juga Pusat Siber Rakan Muda di semua Kompleks Rakan Muda.


bagi aq rakan muda banyak faedahnya,atas diri gak la law nak berubah but selama aq join rakan muda mang  aq boleyh dikatakan berubah la.aq dari dulu yang malu nak brcakap depan owg jadi berani ckit,dulu law pegang mic,gela tangan terketaq2,skunk dah jadi biasa. . .join nie mang dapat banyak pengalaman,dapat kawan. .law aq cta pengalaman aq smpai esok ta habis uwh . .

aq join  rakan muda time form5,time 2 1st time join program pjkn,kat situ la aq start kenal dengan sowang abg nie *yang perasan dya too kiut la konon haha.owang panggil abang sam manja*manja la konon an?.time too aq join slow2 program pai la skunk .tpi skunk aq kena slowkan join program2 nie,aq just join time cti sem or time ta da klas jewp sbb skunk aq dah futher stdy . .hee 

nie ada a few of picture time aq join rakan muda.*ta banyak punnn ckitt jewp


nie time PJKN 2009



haaa nie la ahbang sam manja yg aq gtaw uwhh
comell kan beliauww aww~~


nie time program pengurusan acara di APBM PD





CAT 2011 


Sambutan Hari Belia Negara 2011
Peringkat Negeri Pulau Pinang



Kursus Kempimpinan Tertinggi di Jempol







Kursus Pembangunan Kemahiran Sukarelawan














p/s:rindu genk2 rkan muda dlu,dah ta dop genk dah skunk suma wat hal masing2 . .huhu
bla la ampa suma na join blik .kumpl rmai2 blik.T.T